CUTI SEKOLAH, TELEFON BERENANG

Alhamdulillah, 11 bulan sekolah dah tiba masa yang di nanti-nanti anak-anak sekolah. Sebab apa? Cuti sekolah boleh pergi jalan-jalan, main permainan video dan pergi taman tema dengan keluarga.

Abang Edi ada dapat satu rungutan adik ni, pengguna iphone 7 beb. Selalu tengok Instagram, ada orang ambil video dalam air. Semangat dia ajak ayah dan mak pergi taman tema air dekat Johor. Sampai terus siap-siap dengan telefon nak rekod video dalam air.

Sebelum terjun dia tekan dulu pada butang rakam. Masuk je air “BLUP!!!”, gelap terus skrin. Menangis adik tu naik semula bawa jumpa ayah dan mak dia.

Apa sebenarnya yang jadi pada telefon tu? Anda rasa boleh diselamatkan lagi?

WATER DAMAGE

Apa itu water damage? Apabila peranti telefon bimbit anda jatuh dalam air, atau terkena air dan mengalami kegagalan untuk fungsi  sepenuhnya.

Apa perkara-perkara yang perlu anda lakukan sekiranya anda mengalami masalah ini?

BACA SAMPAI HABIS!!!

TIPS UNTUK TELEFON MASUK AIR

1. Bila telefon anda terjatuh dalam air, cepat-cepat keluarkan telefon dari dalam air. Hal ini kerana, lagi lama terendam lagi tinggi risiko nak rosak.

2. Seterusnya, cepat-cepat matikan telefon walaupun anda ada sedikit keyakinan yang telefon anda boleh hidup dan tiada masalah. Jika boleh dibuka penutup belakang, buka dan keluarkan atau cabut bateri ribbon. Hal ini demikian untuk berlaku litar pintas dan menyebabkan parts atas board terbakar.

3. Gunakan bahan penyahlembapan untuk keringkan handphone. Letak handphone & bahan penyahlembapan dalam bekas kecil supaya ia dapat mengeringkan kelembapan dari dalam handphone sahaja. Contohnya, beras, silica gel atau lain-lain yang boleh di beli di pasaran.

4. Biarkan telefon dalam medium-medium tersebut sekuarang-kurangnya 24-48 jam. Andai anda rasa musykil dan was-was dengan tips ni. Bawa terus ke XPERT untuk servis pengeringan dan cuci board.

ANTARA TESTIMONI PELANGGAN-PELANGGAN KAMI

TELEFON MASUK AIR, TERUS DATANG XPERT UNTUK KERINGKAN DAN TUKAR BATERI, SELESAI BOLEH GUNA SEPERTI BIASA

TELEFON MASUK AIR, LEPAS CHECK TAK PERLU TUKAR APA_APA BOLEH DIGUNA SEMULA LEPAS KERINGKAN DAN CUCI BOARD

IPHONE MASUK AIR, LEPAS CHECK DAN CUCI BOARD. LCD SAHAJA PROBLEM. TUKAR UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN KERJA

OKAY YANG NI ABANG EDI NAK BAGI ROUND OF APPLAUSE SIKIT. PETANG TELEFON MASUK AIR, LEPAS CHECK DAH TERLAMBAT UNTUK DISELAMATKAN. KALAU REPAIR, TINGGI KOS. JADI, DIA BELI TERUS IPHONE USED NI, HARGA MEMANG MURAH.

en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish