BUAT PEMILIK IPAD DAN TABLET! 

5 PERKARA ASAS UNTUK MENJAGA PERANTI ANDA

Buat pengguna Tablet mahupun iPad di luar sana, anda mesti risau jika peranti tersebut rosak, betul tak? Jadi, mari kita tahu apa itu perkara asas yang perlu untuk mengelakkan daripada peranti kita daripada rosak:-

  • Memakaikan iPad atau Tablet dengan “casing” tahan pecah

Sedia maklum semua tahu yang peranti ini amat mudahnya terjatuh dan pecah. Mempunyai saiz yang lebar dan ketebalan yang nipis merupakan ciri penarikan untuk peranti ini. Tapi reka bentuk itu seumpama “double-edge sword” dimana ia mengurangkan daya tahan hentakan ketika terjatuh.

Penyerap hentak jenama UAG ini amat banyak dijual di kedai aksesori

Dengan menggunakan “casing” anti hentakan yang berkualiti mampu menambah baik ciri ketahanan peranti ini. Akan tetapi, bukan mudah sebenarnya untuk mencari “casing” untuk peranti ini. Disebabkan saiz yang lebar disamping kurangnya permintaan dari orang ramai menyebabkan kedai-kedai aksesori tertentu sahaja yang menjual “casing” berkualiti untuk model peranti ini.

  • Kaca tahan pecah (tempered glass)

Ramai yang ambil ringan ketika memilih untuk menampal kaca tahan pecah untuk peranti mereka. Ada pula yang mencari harga yang paling murah asalkan skrin layar mereka ditampal dengan tujuan biar tidak calar. Mentaliti ini harus dibuang dari pemikiran rakyat Malaysia. Kembali pada asas tujuan kaca tahan pecah diciptakan untuk apa. Sebab jika skrin layar iPad mahupun tablet sudaah pecah, kos untuk menukarnya amatlah mahal.

Kaca tahan pecah jenama X-ONE

Mungkin juga ramai yang belum mengenali produk kaca tahan pecah yang diiktiraf dan mereka tidak tahu dimana mereka boleh membeli untuk mendapatkan produk yang diakui berkualiti itu. Disini kami amat mengesyorkan untuk menggunakan produk X-ONE. Produk yang paling dipercayaai. Untuk mendapatkannya, boleh dating ke mana-mana cawangan #XPERT – Mobile Phone Repair Specialist yang terdekat. Sebab #XPERT – Mobile Phone Repair Specialist merupakan pengedar sah untuk produk ini.

  • Elakkan daripada “over-charge”

Perkara ini selalu orang kita buat. Walaupun dah banyak kali ditegur, akan tetapi teguraaan itu hanya tinggal sekadar kata-kata kosong sahaja. Kerana ia tidak pernh diendahkan. Apabila masalah bateri terlalu cepat habis walaupun tidak digunakan ataupun paling teruk ialah bateri menggelembung. Baru mereka rasa menyesal.

iPad mini 3 mengalami masalah bateri kembung

Untuk bahagian ini, kami tidak mahu mengulas dengan Panjang sangat. Memandangkan ia sudah kerap ulang kali di tegur. Tapi masih ada lagi yang degil. Oleh itu, kami kongsikan sedikit tip untuk yang degil tak nak dengar nasihat. Paling mudah untuk kalian diluar sana ialah dengan mendapatkan “powerbank”. Ini kerana kebanyakkan “powerbank” mempunyai kebolehan untuk “cut-off” kuasa apabila peranti sudah mencapai tahap pengecasan maximum.

  • Aksesori original sahaja

Disini kami nak menyatakan bahawa penggunaan aksesori yang asli(original) adalah amat penting. Ini kerana aksesori original ini mendapat pengiktirafan pada kualiti mereka. Aksesori yang dimaksudkan ialah seperti kabel pengecasan dan juga palam(plug). Dua aksesori ini ialah bahagian yang main peranan paling banyak dalam memastikan peranti seperti iPad khususnya berada dalam keadaan yang sangat baik dan tahan lama.

Tidak dinafikan, kenaikkan kos sara hidup kini memaksa untuk ramai pemilik peranti ingin mendapatkan aksesori “asal boleh je”. Tapi, perlu diingat perlaburan sedikit pada aksesori mampu menyelamatkan ratusan bahkan ribuan Ringgit Malaysia. Oleh itu, marilah kita semua mendapatkan aksesori yang asli jika kita sayang pada model peranti ini.

  • Elakkan menyimpan tablet atau iPad didalam beg

Kenapa tidak boleh menyimpan peranti ini di dalam beg? Dia akan meletup ke? Atau bateri akan kembung? Jawapannya ada pada reka bentuk peranti ini. Pada isi yang pertama tadi sudah dijelaskan bahawa reka bentuk peranti ini semuanya mempunyai saiz skrin yang lebar dan ketebalan yang tipis. Oleh itu, jika ianya berada di dalam beg terutamanya beg galas. Mungkin kita boleh terlupa akan kehadiran peranti tersebut lalu kita duduk sambal menyandar pada beg galas. Hal ini akan menyebabkan peranti ini bengkok.

Selain bengkok, turut boleh menjejaskan paparan layar peranti ini. Sudah pas peranti berjenama seperti Samsung khususnya, paparan layar “Super AMOLED” yang diguna pakai mampu menakutkan pengguna jika mengetahui kos baik pulihnya yang terlalu mahal.

Konklusinya, jika anda pengguna model peranti ini. Kenalah rajin untuk memegang atau[un membimbit peranti tersebut ke hulur dan ke hilir.

Susah ke nak jaga tablet dan iPad ini? Tak susahkan? Tapi andai kata anda dah amalkan lima perkara asas diatas, akan tetapi kemalangan tetap berlaku. Jangan khuatir, sebab di #XPERT perkara ini adalah biasa pada kami. Jadinya, anda jangan malu dan jangan pula takut jika ingin membaik-pulih dengan #XPERT. Sebab kami akan pastikan peranti anda selamat dan sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish