TERLALU GEMBIRA SAMPAI PECAH SKRIN TELEFON

Pada beberapa minggu yang lalu, peperiksaan sijil pelajaran Malaysia menutup tirainya. Seronok abang Edi tengok diorang sambut, dah macam sambut konvokesyen. Tapi, apa yang menyedihkan, ada satu pelajar ni terlalu seronok sampaikan pecah skrin telefonnya. Zaman sekarang bukan zaman 3310, iphone X tu. Tapi, dia buntu sama ada skrinnya boleh dibaiki atau tidak?

Anda rasa? Abang Edi nak terangkan sikit tentang macam mana nak selesaikan masalah adik ni.

Skrin bermasalah terbahagi kepada dua kategori :

  • Skrin pecah/retak
  • Masalah fungsi sesentuh dan paparan skrin.

SKRIN PECAH/RETAK

Tahukah anda, terdapat beberapa model telefon yang skrinnya boleh ditukar ganti pada kaca sahaja sekiranya pecah atau retak. Antaranya ialah iphone.

Kaca pada skrin telefon bertindak menjaga keaslian LCD original.

Antara kelebihan sekiranya anda menukar kaca sahaja pada skrin yang retak tersebut

  • Mengekalkan keaslian LCD pada telefon
  • Jimat kos
  • Kualiti skrin tidak berubah
  • Telefon akan nampak seperti baru dibeli

Pernah tak terfikir tentang perkara ini? Tidak, bukan?

Bagaimana pula kalau ada masalah fungsi sesentuh dan paparan skrin?

MASALAH FUNGSI SESENTUH ATAU PAPARAN SKRIN ROSAK(LCD)

Selain daripada skrin pecah, terdapat juga masalah skrin yang fungsi sesentuhnya dan paparan skrin nya bergaris atau kesan tompok hitam atau warnanya pecah.

Untuk menyelesaikan masalah ini, juruteknik kami perlu menukar satu set skrin. Kos penukaran bergantung pada jenis model di mana berlainan model, harganya berlainan.

Jadi, adik tadi dah dapat jawapan dari masalah beliau. XPERT menyediakan kedua-dua servis penukaran ini.

Antara gambar pelanggan yang berpuas hati dengan servis penukaran masalah skrin di XPERT.

en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish