Dunia teknologi semakin berkembang dan begitu juga industri smartphone. Sebagaimana yang ramai orang tahu semakin tinggi teknologi semakin banyak masalah-masalah yang biasa berlaku dan tidak mendapat solusi yang hakiki.

Tetapi fokus kita pada hari ini bercerita tetang masalah yang setiap daripada pemilik smartphone akan hadapi samada cepat atau lambat. Iaitu masalah sistem smartphone yang selalu membuatkan pemilik smartphone GARU KEPALA.

Sebelum ni ramai yang sering bertanya dan minta penjelasan apa sebenarnya yang menyebabkan berlaku masalah seperti berikut ;-

• Tersangkut bootloader / logo
• Prestasi semakin kurang memuaskan
• Tidak lepas untuk kemaskini
• Display gelap secara mengejut

Ada beberapa punca yang boleh dikenalpasti dan cara untuk membaiki pulih peringkat pertama untuk setiap permasalahan yang tertera denga mudah

JOM KITA BONGKAR SATU PER SATU!!

PUNCA KEBIASAAN MASALAH SOFTWARE AKAN BERLAKU

• CPU dalam kondisi terlampau panas

Tanpa sedar sebenarnya yang banyak berlaku peranti termati sendiri adalah sewaktu bermain permainan virtual (cth: PUBG, MOBILE LEGENDS, dsb). Sementelahan permainan virtual zaman sekarang berdefinisi tinggi sehingga menggunakan lebih separuh daripada pemprosesan CPU. Demikian menyebabkan sebahagian sistem data akan terhilang dan meninggalkan ruang-ruang kosong yang dipanggil sebagai “bugs”.

• Gangguan dalam AUTO UPDATE dan SYNCING

Sebagaimana ramai yang tak sedar bahawa setiap peranti menetapkan kemaskini secara sendiri adalah default setting yang ditetapkan oleh kumpulan developer sistem perati. Selalunya kemaskini secara sendiri menjadi masalah apabila data yang diperlukan tidak mencukupi berpunca daripada sambungan tidak kuat atau pelayan daripada developer tidak memberi respon yang stabil.

• Simpanan Data dan Cache penuh

Semestinya kalian pernah dengar daripada rakan-rakan atau masyarakat sekeliling berkenaan clear cache atau clear data. Tetapi adakah kalian sendiri mengerti atau faham fungsi pilihan tersebut dan apa kesan dan akibatnya. Data adalah kandungan tetap yang disimpan didalam aplikasi atau sistem. Manakala, Cache pula kandungan semetara yang diubah sewaktu menggunakan aplikasi atau sistem sebelum ianya ditekan simpan. Apa yang berlaku adalah kedua-dua sistem simpanan ini penuh dan menyebabkan ada pertembungan data. Senang cerita adalah sama seperti highway jalan. Apabila terlampau banyak kenderaan dan satu-satu Kawasan itu padat dengan pengunjung pasti pergerakkan akan perlahan dan seterusnya berhenti.

CARA BERDEPAN DAN MENGATASI SEKIRANYA BERLAKU MASALAH SOFTWARE

• Hard Reboot / Restart

Instruction for IPHONE 5/5s/6/6s/6+/6s+ :
• Tekan and tahan home butto + power button
• Lepas apabila Apple logo muncul

Instruction for IPHONE 7/7+/8/8+ :
• Tekan dan tahan volume bawah + power button
• Lepas apabila Apple logo muncul

Instruction for IPHONE X/XS/XS MAX/XR :
• Tekan sekali volume atas dan lepas
• Tekan sekali volume bawah dan lepas
• Tekan dan tahan power button
• Lepas apabila Apple logo muncul

Instruction for ANDROID :
• Tekan dan tahan volume bawah + power button
• Lepas apabila Android logo muncul
• Tutup AUTO UPDATE dan SYNCING
• Masuk ke settings
• Cari dan tekan “Accounts and Sync”
• Tutup auto-sync
• Uninstall kemaskini aplikasi

• Backup dan format/restore

Kadang kala hanya buang sesetengah data tidak mencukupi untuk kembalikan prestasi peranti kalian seperti sedia kala. Tetapi dengan cara backup dan format peranti anda mampu kembalikan prestasi seperti phone seperti keadaan baru.

• Sambungkan peranti ke computer
• Buka aplikasi companion dari developer
• Tekan backup dan restore

en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish