TAK SAMPAI 1 JAM CAJ, BATERI TELEFON DAH HABIS??

INI 5 PUNCA UTAMA BATERI TIDAK TAHAN LAMA

Pernah kamu orang tengah syok main telefon, simbol amaran “Battery Low” muncul secara tiba-tiba? Mesti korang menggelabah gila cari sumber kuasa untuk mengecaj telefon korang masa itu.

Tapi yang peliknya, baru sahaja caj mustahil dah habis? Pelik bukan?

Mari kita bercerita mengenai 5 punca utama kenapa bateri peranti tidak mampu untuk berada di tahap optimum dan bertahan dengan lama:-

  • Kurangkan “brightness” pada layar peranti pintar

Semestinya, ramai diantara kita memang suka menggunakan peranti pada tahap keterangan yg maksimum, terutamanya ketika pada waktu siang hari.

Harus diingati, penggunakan “brightness” yang terlalu terang akan menyebabkan penggunaan kuasa yang lebih, seterusnya menyebabkan ketahanan bateri tidak mampu untuk bertahan dengan lama. Selain itu, paparan yang terang mampu menyebabkan mata kita rabun.

  • Kurangkan penggunaan GPS(location service) pada aplikasi peranti

Kalau anda semua nak tahu, ramai antara kita tidak menyedari akan perkara ini. Pernah anda perasan jika baru memuat naik aplikasi pada peranti, akan keluar satu notifikasi untuk meminta kebenaran untuk akses GPS? Mesti ramai tak perasan bukan? Mana tidaknya, jarang sekali kita baca notifikasi tersebut. Hahaha.

Jadi, caranya ialah dengan pergi ke tetapan dan ubah sahaja untuk tidak membenarkan penggunaan GPS pada aplikasi tertentu. Harus diingatkan, setiap peranti berbeza cara untuk menyahaktifkan penggunaan GPS. Oleh itu, ndaa semua dinasihati merujuk pada buku panduan yang disediakan.

  • Background App Refresh

Semestinya benda ini ramai tahu akan fungsinya bukan? Pada yang tidak mengetahui, kita terangkan secara ringkas, Background App Refresh berfungsi untuk menjalankan aplikasi secara belakang tabir.

Walaubagaimanapun, ia memang mampu membenarkan aplikasi “refresh” secara berterusan. Akan tetapi, ia akan menggunakan lebih kuasa dan akan menyebabkan bateri kehilangan kuasa dengan pantas tanpa disedari oleh pengguna. Oleh itu, pergi ke tetapan dan cari Background App Refresh untuk menyahaktifkannya.

  • Memuat naik dan kemaskini secara automatic

Benda ini amat kerap digunakan oleh pengguna iPhone. Sebab utamanya ialah ia merupakan tetapan lalai(default) untuk iPhone. Jadi, ramai yang tidak sedar akan hal ini dan terus sahaja menggunakan tetapan lalai ini sehingga mampu memberi impak pada ketahan bateri peranti untuk membekalkan kuasa

Cara untuk mematikannya, pergi sahaja ke “Setting > iTunes and App Store > Off Update/Apps”. Dengan itu, ia bukan mampu menjimatkan tenaga, malahan mampu menjimatkan penggunaan data juga.

  • Reduce Motion

Apa itu Reduce Motion? Kalau nak tahu, Reduce Motion ialah apabila kita nampak aplikasi dipaparan skrin kita seolah-olah terapung. Itu kita panggil sebagai Parallex Effect. Kebiasaannya fungsi ini wujud pada model iPhone.

Apa fungsinya? Lebih kepada untuk hiasan sahaja. Itu sebab bateri akan cepat habis, sebab aplikasi ini akan sentiasa berjalan di setiap kali kita menggunakan peranti kita. Cara nak tutupnya mudah sahaja, pergi ke “Settings > General > Accessibility > On Reduce Motion”.

Konklusi disini, kalau mengalami masalah bateri cepat habis. Jangan terus menyangka ia aadalah masalah bateri. Cuba buat 5 perkara ini dahulu. Kalau dah nampak skrin terangkat ataupun sah bateri kembung. Dah tak perlu cuba, teruskn pergi ke kami untuk membuat penukaran bateri.

en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish