ISU BUGS IOS 13

By nur hadi suleiman In Blog, iPhone No comments

GOOD JOB APPLE 👍 iOS 13.1 ATASI MASALAH BUGS PADA iOS 13

Buat mereka yang berjaya mengemaskini iOS 13 dengan jayanya tanpa isu ‘BUGS’ saya ucapkan tahniah. Namun buat mereka yang diserang dengan isu ‘BUGS’ selepas mengemaskini iOS 13, jangan risau. Berikutan daripada lambakan aduan daripada pengguna berkenaan isu ‘BUGS’ pada iOS 13. Pihak Apple telah mengambil langkah inisiatif dengan melepaskan iOS versi 13.1 lebih awal bagi mengatasi masalah ‘BUGS’ tersebut. iOS 13.1 ini sepatutnya dijadualkan akan dilepaskan pada awal bulan 10. Namun, selepas mendapat lambakan aduan, mereka mengubah tarikh kepada hari ini.

Siri iOS 13 ini dilabelkan sebagai kemaskini major. Jadi, anda sangat digalakkan untuk mengemaskini menggunakan iTunes untuk mendapatkan pengemaskinian sempurna. Namun, untuk anda yang ingin mengemaskini menggunakan kaedah ‘on-the-air’(OTA), pastikan sambungan internet anda kuat dan stabil agar tidak merencatkan proses kemaskini.

credit : Google images