KABEL ORIGINAL DARI KOTAK JAMINAN PENJAGAAN TELEFON?

By nur hadi suleiman In Android, Blog, iPhone No comments

Setiap pembelian  telefon bimbit baharu, pasti akan dapat set aksesori lengkap yang terdiri daripada ‘adapter’ dan kabel pengecas. Mitos mengatakan, untuk penjagaannya telefon bimbit kita tidak boleh menggunakan aksesori dari pihak ketiga. Benar atau tidak?

Kenyataan tersebut adalah tidak benar kerana setiap aksesori dari pihak ketiga yang original telah menjalani ujian penilaian bagi menepati piawaian sama seperti aksesori original dari syarikat pengeluar pengeluar agar sesuai dengan peranti telefon bimbit kita.

Penyalahtafsiran pengguna terhadap aksesori dari pihak ketiga merosakkan telefon adalah kerana mereka menggunakan aksesori yang tidak menjalani ujian penilaian dan tidak menepati piawaian sesebuah kabel yang baik. Untuk kabel seperti ini tempoh jaminan warantinya lebih pendek dan harganya pasti terlalu murah.

Penggunaan aksesori sama ada dari pihak ketiga atau syarikat pengeluar bukanlah kayu pengukur untuk penjagaan telefon. Namun, perkara paling penting adalah menggunakan kabel original, menepati piawaian dan jaminan waranti yang meyakinkan.