PENGGUNA MY SET WAJIB BACA

By nur hadi suleiman In Blog, iPhone No comments

SET MY BUKANLAH ORIGINAL?

Jenama Apple yang gah membuatkan iPhone menjadi kegilaan ramai zaman sekarang. Namun disebabkan mahar bagi sesebuah iPhone baharu tidak mampu ditanggung oleh segelintir penggunanya. Pembelian iPhone terpakai adalah pilihan terbaik untuk memenuhi impian mereka.

KETAHUI BEBERAPA PERKARA SEBELUM MEMBELI IPHONE TERPAKAI.

Kita semua sedia maklum bahawa setiap iPhone mempunyai kod ‘region’ yang berbeza seperti MY/LL/ZA/ZP. Kod ‘region’ ini boleh diperiksa pada bahagian ‘About’ di tetapan iPhone anda. Dari pemerhatian saya, pengguna iPhone di Malaysia kebanyakannya gian untuk mendapatkan iPhone set MY kerana taksub dengan mitos yang kononnya set ini berfungsi lebih baik. Selain itu, jika berlaku kerosakan proses baik pulih lebih senang kerana sparepart mudah didapatkan.

✅KOD REGION

Tahukah anda? iPhone dengan ‘region’ kod MY yang anda agungkan berkemungkinan bukanlah original set MY dan sebenarnya sebuah iPhone set ‘refurbished’ LL(import set) yang telah diubah suai kod ‘region’ nya. Untuk pengetahuan anda, kod ‘region’ ini mewakili negara yang mengeluarkan iPhone yang anda beli dan kod ini boleh diubah menggunakan ‘software’ khas. Hanya yang mahir sahaja mampu melakukannya.

⚠ BEBAS KONTRAK TELCO

Semak iPhone anda sama ada terikat atau bebas dari kontrak telco. Sekiranya pemilik asal yang menjual pada anda tidak membayar hutang bulanan. Mereka akan di senarai hitamkan dan IMEI iPhone tersebut akan disekat oleh pihak telco. Maka akan muncullah ‘No service’ di bahagian ‘signal’ telefon anda dan anda tidak boleh menggunakannya untuk membuat panggilan atau sambungan internet.

Kesimpulannya, kod ‘MY/LL/ZP/ZA’ adalah sama sahaja dari segi kemudahan mendapatkan ‘sparepart’ dan fungsinya untuk mana-mana iPhone TERPAKAI.

Mentaliti kuno seperti mitos di atas adalah punca penduduk Malaysia terlalu mengagungkan set dewa ini dan membuat perbandingan dengan set yang lain. Sedangkan, perkara yang perlu dititikberatkan adalah sama ada Original set atau Refurbished set sahaja.

-Hadi Awang, XPERT JB –